Dimalam yang aku suka rasa sepi ini. Aku mengambil kunci kereta aku dan memacu laju ke arah yang aku kurang pasti. Malam ini bintang beribu di langit. Seolah aku boleh gapai dan aku teruja untuk memiliki satu buat peneman di kala rasa sedih dan tawa bersama.

Aku berhentikan kereta aku ditepi jalan. Jalan yang dipenuhi dengan pokok jagung yang tersusun rapi di sepanjang jalan. Cantik tersusun dan penuh sepanjang perjalanan.

Aku berbaring di kawasan yang lapang. Meredah tanaman jagung. Aku panjat bukit yang ditanam dengan padi huma. Malam itu aku berbaring dan membiarkan rembihnutur; sigur ros menari nari bersama melodi di dalam fikiran aku.

Aku biarkan jari jari aku seolah olah menggapai bintang dilangit malam itu. Berpura pura yang tuhan akan jatuhkan di riba aku sebentar lagi. Seperti kunang kunang yang berterbangan dan jatuh di seluruh jasad aku.

Dalam igauan sedar. Aku berharap yang tuhan masih sayangkan aku. Menempatkan aku di syurga dan bersama sama Dia. Doa aku ketika kecil mungkin tak di terima, Tuhan mahu hadiahkan aku dunia sebenar merasa cinta dariNya bersama hadiah kasih sayang yang aku tak pernah terbayang, Wira.

"Kalau kau dengar ini Ya Tuhan. Layangkan roh aku bersama bintang bintang yang beribu di langit ini. Biarkan aku berterbangan bersama Wira. Menari nari bersama 'kunang kunang'."

Sigh

"Jangan tinggalkan aku terkapai kapai. Aku ingin bangat bersama kamu. Ampunkan aku Ya Rabb. Aku hilang. Aku lalai dan aku masih tak dapat rasa Kau lagi"

Nia Chempaka tak lagi bertemankan kopi, rokok Winston mahupun asid asid untuk diterbangkan malam ini. Bersuara terus ke langit ke tujuh. Mohon, agar Dia mendengar. Agar dia bersama malam ini.

Nia Chempaka