3hari kau merayu dan menagih. Kau sakit dan ditikam beribu kali

"Wira Khmer, hati yang aku miliki hanya satu. Kalau kau tak hargai dan biarkan mati. Ya, aku akan mati"
"Nia, please Nia. Maafkan aku. Jangan hilang. Jangan kosong. Jangan mati. Please, maafkan aku"
"Wira, hati aku satu"
"Nia, please. Please Nia. Nia, please. Please aku merayu"

Kau menangis teresak esak. Tanpa henti kau menagih aku. Tanpa henti, kekasih.

Tak, aku tak pernah suka lihat kau menagih aku sebegitu rupa. Menangis tanpa henti. Merayu rayu jangan tinggalkan kamu. Aku tak suka. Bukan kerana dendam bukan kerana aku egois. Tapi, aku penat  dan aku sudah pun berputus asa.

Kejar
Kejar
Kejar
Kejar

Berhenti*
Ambil nafas
Reboot

Kejar 
Kejar 
Kejar 
Kejar

Berhenti*
Recharge

Kejar
Kejar
Kejar
Kejar
Kejar 
Kejar
Kejar

Hari hari aku bikin hal yang sama. Mana taknya aku penat.
Asyik aku yang kejar.
Yang kau tak tunggu aku, Kenapa ?

Well, I'm done here !
Fed' up !

Nia Chempaka