Angus and Julia Stone; Wherever you are

Sepertinya sudah basi bahasa yang aku ingin tarikan di atas medan keyboard ini. Setelah sekian lama berhabuk menarikan bahasa-bahasa gundah, cinta, duka dan lara dari jiwa bernama Chempaka.

Apakah masih wujud jiwanya itu?

Aku gagahkan air mata yan tertatih akung setelah sekian lama memori itu terpadam. Enam tahun lalu semu acerita bermula dengan kamu dan kini, kembali semula penceritaan hikayat dengan aku. Aku mungkin bertatih setelah sekian lama terbadai di sebuah pulau yang entah dimana sekali pun aku.

Memimpin erat yang jarang sekali melepaskan aku. Ada superhero yang menyelamatkan aku, iaitu diriku sendiri.

Diruang empat segi sama yang berbadai lama terlalu usang dimamah udara masin pantai, aku menuliskanmu sepucuk surat dari Chempaka buat Chempaka.

"Sayang, aku sedang berlari-lari disebuah impian nyata, bukan lagi daripada kata-kata yang disimpan pada sebuah hati. Kata-katamu sudah lama berlalu, dan tarian kita sudah dimatikan pada sepatu kaca. Gesekan violin tidak lagi kedengaran dan yang tinggal hanya puteri-puteri barumu"
sudahpun berlangsung kekasih kamu yang kedua selepas kau meninggalkan aku, dan puteri kayangan.
kerna kali ini, ada cahaya yang menjadi puteri barumu.

dan rayuan serta janji-janji kamu yang racu yang sedang memamah kesetiaan aku,
"sayang, apa aku hanya perempuan-perempuan patung mainan kamu?"
"wira?"


"Aku kini si pungguk, menanti si bulan. Berjanji pada paksi, yang setia ada disini"
"Terbanglah wahai pungguk, kalau benar si bulan untuk kamu. Tetap akan jatuh juga pada kamu wahai si pungguk"

Berlari lari dalam dunia imaginasi kamu, yang tak hilang walau dilesap apa jua kata kata yang kian malap, dan aku sendiri menanti setia disini.


Tiga bulan kemudian,

"Mana ada cinta itu manis seperti yang bayangkan. Tak, ada perlbagai rasa yang kau sendiri tak pernah minta. Aku tak pernah sehingga hari ini dan sehinggalah aku jatuh tersungkur begitu lama. Sejak dari berbulan bulan lepas. Kita berjaya atasi bersama dan kali ni. Kenapa Wira. Kenapa kau seolah menghilangkan diri"


Menyembuhkan hati yang sakit bukan mudah. Tapi, sakit boleh disembuhkan. Selagi nyawa dikandung badan. Berilah kemaafan itu seikhlas mungkin. Hidup, bukan sekdar menjalani kehidupan dengan apa yang kau mahu. Keegoan tak akan memberikan kau kesenangan. Bukan sahaja di dunia, malah akhirat.

"Ya Allah, berilah aku kekuatan. Berilah kami kekuatan untuk menghadapi hari hari mendatang. Yang aku sendiri tak pasti. Berilah kami rezekiMu. Sesungguhnya aku, manusia yang punya rasa lemah itu"

Di dalam sekumpulan manusia yang menhadapi hari hari mereka. Yang malam minggu, keluarga bersama sama. Nia Chempaka duduk termangu. Memikirkan Wira Khmer yang berada di Bandar Francis Light.

"Sayang"
"....."
"....."
"Wira Khmer"
"Nia Chempaka, aku sayang kau. Aku sayang kau sangat. Aku sangat sayangkan kau, Nia Chempaka"
"Wira Khmer, jangan macam ni lagi"
"Nia, bagilah aku peluang. Aku janji Nia. Aku janji."
"....."
"....."
"Wira"
"Ya, saya. Please sayang. Please Chempaka"
"Aku akan beri kau peluang. Tapi, aku tak pasti. Aku tak pasti yang aku boleh jadi macam dulu semula"
"Jadi, kau terima aku sebab simpati"
"Aku sendiri pun kurang pasti. Aku dah tak tahu apa yang aku nak dah lagi. Aku.. Aku tak tahu"
"Nia, aku janji. Aku akan kembalikan kau rasa tu. Kau ambillah masa untuk diri kau. Terima kasih sebab kau masih berikan aku peluang. Aku janji aku akan hargai, kau ambillah masa untuk diri kau"
"Wira, aku minta maaf"
"Tak, tak apa. Aku yang salah. Aku yang buat kau macam ni. Sekarang, aku kena hadapi apa yang aku dah buat."
"...."

Tapi, sejujurnya. Aku masih lagi sayangkan kau, Wira Khmer. Aku masih lagi. Masih.
Hari tiga Wira Khmer membiarkan jiwa yang kurang pastinya menghadap Selat Tebrau. Mengharap satu lagi jiwa yang kurang pasti. Wira sendiri tak pasti.


Nia Chempaka membiarkan jiwanya dimamah kata katanya sendiri. Yang ditelan pahit. Yang racunnya sakit. Yang pasti, Nia sendiri mula ragu dengan apa yang dia mahu.