Ya, semalam aku bercumbu bersama malam malam yang dingin. Aku peluk kamu dalam dakapan aku dan aku bisikan kata kata cinta.
"Sayang, please jangan kau buat dengan orang lain"
"Tak sayang, aku janji. Aku tak buat dengan sesiapa selain kau"
Walaupun kita tak beri seluruh raga malam itu. Setiap inci dari kulit dan haruman kamu. Aku masih ingat. Malam itu, kita bercumbu tanpa henti dan kombinasi seni halus dan seni bina bercantum. Wira, kau dan aku mungkin tak beri sepenuhnya. Tapi, rasa yang aku tak boleh corakkan dalam tulisan ini beri rasa bahagia.
"Sayang, maafkan aku. Aku khayal sayang"
"Sayang, dengar please. Aku khayal. Nia Chempaka, aku khayal dan kasih sayang aku lebih dari ini. Lebih dari ini Nia. Percayalah"
Malam itu, aku nangis sepuas hati. Aku menangis bukan kerana kamu yang hanyut dan hampir tenggelam ke dasar. Aku menangis kerana mengotori kain yang putih dengan tompok hitam. Yang mencemari hati yang bersih.
Kau takut aku hilang, kau takut aku pergi. Kau takut dengan rasa bersalah kamu bila masa kau lihat air mata aku. Aku siram mukamu dengan air untuk bangkitkan dari khayalan dan baca ayat suci Al-Quran untuk membina benteng dari tenggelam ke dasar.
"Kau baca apa Wira ?"
"Nia, aku tetap manusia dan aku seorang lelaki. Walhal ustaz tetap lelaki dan manusia. Aku buat silap Nia. Aku bukan tuhan dan aku tetap kekal dalam dosa. Tak dapat lari"
"Wira, kau tak salah. Maafkan aku"
"Tak, aku salah. Kita sama sama salah. Maafkan aku Nia. Aku sayangkan kau lebih dari ini. Percayalah. Aku ingin kahwin dengan kau Nia"
Racun dalam madu.
Dosa dalam cinta.
Ya Rabb, aku mengajari hal yang salah. Berikan aku kekuatan. Berikan kami rezekiMu Ya Rabb.
Walaupun kisah ini ditelan masa. Aku tak akan lupa malam itu. Malam yang kita sama sama tenggelam walaupun tak sampai ke dasar. Kerana punya rasa dosa dan masih kekal begitu. Maafkan aku Wira.
Nia Chempaka