Winston di-light kan.
Aku masih tenggalam dalam tangisan sendiri.
Adakah aku paranoiya atau aku ini yang merimaskan ?
“Palat ! Celaka ! Bodoh ! Kau sayang Wira, tapi kau hari
hari nangis untuk dia. Kau bodoh atau bengap ? Kau lebih hina dari anjing
jalanan. Yang disepak dan diludah oleh manusia manusia ini. Nia Chempaka. Kau
masih cintakan Wira bukan ! Kau perlu belajar bikin tembok tinggi. Bikin
perisai yang tak mampu diruntuhkan dengan apa segala bala !”
Malam Nia Chempaka terus ditenggalami 'Jangan Jatuh' alunan dari Fynn Jamal. Tetap,
cukup dan genap 17 hari ditelan rasa celaka dan palat.
“Weh, malam ni. Aku nak 50sen. Simpan untuk aku”
“Kau nak ambil dengan siapa ?”
“Kawan baru aku”
“Siapa Paka ? Kau jangan main main !”
“Kau ni sibuk apa hal ?”
“Aku risau. Risau lah ! Kau tahu tak, semua Nampak kau punya
mati, gila, kelam, hitam”
“Mana ada ! Aku kuat macam Badang !”
“Paka…”
“Apa dia ? Aku ambil sama sama dengan Fiee”
“Paka, kau ada rasa lagi untuk Wira ?”
“….”
“Kau tahu apa, tak selamanya aku boleh bergantng sama cinta
aku. Dia ada cerita dia. Dia ada hidup dia. Aku tak mahu menjadi beban dalam
hidup dia. Jangan kau berleter lagi. Bodoh, tak mahu dengar !”
“50sen untuk dua orang. Malam ini. Kita sama sama”
“Boleh, Paka. Aku jaga kau. Aku janji”
“Fiee, apa pun. Aku tak percaya sama kamu. Tapi, aku hidup
aku mahu jadi si bisu yang menunggu nasib. Ada suara tapi tak belajar bercakap”
“……”
Biarkan malam menjadi rahsia mereka. Biarkan malam
menyulitkan rasa sepi mereka. Biarkan malam menjadi hidup baru Paka.