“Apa  kau ingat kau ini perempuan murahan ! Apa kau ingat aku ini sandaran persetubuhan haram ?!”

Dikala hari hari menjelang dan menjelma, kau tahu apa tentang diri kau ini wahai Nia Cempaka. Mati dibiar hurung semut, di mamah ulat, di rejam tanah. Kau tenggelam ke dasar lubuk hitam yang kau cipta. Kau terjun ke dalam aksara gelap, hancur yang kau cipta.

Tarik, tarik lagi dunia khayalan harga 50 sen kau. Cukup hari hari 50 sen kau dimamah dunia pari pari. 


Dalam pentas dunia yang Nia Chempaka reka dan cipta. Dikeji dan dihina manusia yang suci. Sedangkan itu sahaja yang mampu membawa Nia Chempaka terbang, terbang ke langit ke tujuh ciptaan fantasi Nia Chempaka. 

"Ya, aku terlupa bagaimana mahu ke atas. Mahu ke tempat mana aku asalnya disana. Sebelum aku ke dunia. Ya, aku sentiasa alpa dan lupa. Ya. Aku palat dan bingung"