"Ah, mengantuk gila. Weh, Iman bangun"
"Paka" sambil diusap kepala Paka.
"Dah, dah aku nak ke kelas. Cepatlah"
"Apa aku buat semalam ? Iman, kenapa kau buat aku hanyut lagi ? Aku nak berhenti semua ni !"
Nia Cempaka, membasahkan mukanya. Ucapan kesalnya hanya di dalam hatinya. Kesal ! Malam Nia Cempaka tidak berlalu pergi seperti yang dimahukan. Iman mencarinya selepas pekena sedikit habuan
"Paka, aku suka pada kau. Tapi, aku tak boleh" Ayat yang pernah diungkapan pada Paka beberapa bulan lepas. Cukup meruntuhkan hati Nia Cempaka.
"Tak apa Iman, aku faham. Kau kan ada yang lebih baik. Apa kita buat ini pun salah. Aku faham."
Sekali lagi, sebatang rokok Winston berjaya memberi ruang Nia Cempaka untuk bernafas.
Nia Cempaka