"Meng, aku tunggu dalam kereta. Kita gerak berdua"
"Ok Paka. Aku bayar makanan aku dulu."
"Cepat sikit"
Nia Cempaka berlalu pergi, sambil anak matanya memandang sinis pada Iman. Tapi, dalam hatinya berbolak balik. Wajarkah dia memarahi Iman. Adakah dia memarahi Iman ? Hanyut dengan monolog dalamannya sendiri. Hanyut dengan bait bait kata dari Fynn Jamal yang bersuara menerusi corong speaker keretanya.
"Paka" Sambil mengetuk cermin keretanya.
"Asal mamat ni ikut sekali ? Arghhh, aku tak nak lah." Nia Cempaka bermonolog sendirian.
Di rumah King,
"Korang bermalam disini ke ?"
"Aku rasanya taklah. Diorang bukan nak ambil barang pun. Mana ada duit" Nia Cempaka menegaskan pendirian dan tujuan utamanya. Mana mungkin aku nak bermalam. Iman ada dengan aku. Arghhh, aku tak nak !
"Paka, kau ni gelabah sangatlah. Chill lah. Meng, Iman. Aku belanja kau malam ni. Setakat 50sen mana aku kisah"
"Paka, kau tak kisah kan" Ujar Meng.
"Hmm, ambil lah. Aku malas. King, aku lepak bilik tengah. Aku main X-box kau ok ?"
"Alright"
Nia Cempaka, memasang lagunya melalui Iphone 3g nya. Dipasang lampu lampu tidur. Dia hidupkan lilin agar haruman melopori segenap ruang bilik. Nia Cempaka gemar dengan suasana ini. Bilik tengah itu menjadi tempat kegemarannya untuk melepak. Dengan adanya Meng, Mun, Kim dan Iman mereka akan melepak bersama sama. Cuma kali ini, suasana Iman dan dia bukan semacam kawan.
Malam ini diselimuti dengan suasana dingin. Nia Cempaka melelapkan mata di atas tilam empuk milik King. Diharapkan, malam ini berlalu pantas.
Nia Cempaka