Aku rasa disampahkan.
Aku rasa diperbodohkan.

Kalau dahulu aku pegang kata kata aku sendiri.

"Nia Chempaka, jangan jadi bodoh dalam cinta. Cinta tak buta, manusia yang butakan mata"

Aku bongkak.

Sekarang aku menari dalam lagu tanpa irama. Seperti orang gila yang ketawa dalam sedih.

"Akulah si gila. Si gila yang bercinta. Penggila cinta. Aku lah si bodoh. Si bodoh bersama kekasih yang tak pernah tunggu. Yang aku sentiasa bekejar. Aku lah si dungu. Si bahalul. Si palat. Si keji"

Malaikat tak mahu pandang aku.
Syaitan ketawa di belakang aku.

Wira....

Nia Chempaka