"Nia, satu hari nanti. Aku mahu kita berada di hujung aksara itu"
"Aksara mana kau merepek ni ?" Diikuti deraian tawa Nia.
"Aku mahu kita bina mahligai kita di hujung tanah ini. Menghadap pantai. Biar kau disapu angin bayu. Biar kau dibelai mentari pagi. Bilik kita hadap matahari terbit. Tak besar tak kecil. Sedang sedang"
"Sayang, kenapa kau sayang aku sungguh. Kenapa kau suka penuhi apa yang aku suka ? Aku ada kamu sudah cukup. Hari hari kita macam ini sudah cukup sayang"
"Nia, aku mahu yang terbaik untuk kamu. Cukup cukup sempurna untuk kamu. Aku cintakan kamu Nia Cempaka.
Nia Cempaka senyum lebar, ada bunga bunga jatuh ke riba Nia. Agaknya dari langit. Tuhan beri aku hadiah paling indah. Wira, kau separuh nyawa aku. Sungguh. Aku cinta kamu.
***Vibrasi dari telefon bimbit.
Mesej dari Zahar
"Hey, sombong ! HAHAHA'. Paka, aku cuti. Hujung minggu ini. Ayuh. Aku simpankan masa untuk kau"
Nia Cempaka